Rabu, 28 Juli 2010

"Tikus Biasa" Film Ketiga Mickey Mouse



When the Cat's Away yang keluar pada 18 April 1929, adalah filem pendek Mickey ketiga yang dikeluarkan pada tahun itu, dan pokoknya merupakan pembikinan semula salah sebuah Alice Comedies, iaitu Alice Rattled by Rats, yang prnah keluar sejak 15 Januari 1926. Kat Nipp muncul buat kali kedua, namun namanya diberi sebagai "Tom Cat" (kerana kucing ini jantan, dan tidak patut dikelirukan dengan watak utama siri Tom and Jerry). Dia digambarkan mabuk ketagih minuman beralkohol, kemudian meninggalkan rumahnya untuk memburu. Sewaktu tiada di rumah, sekawan tikus menyerang rumahnya untuk mencari makanan, termasuk Mickey dan Minnie, yang terus menjadikan himpunan ini sebagai parti. Filem ini ganjil kerana menggambarkan Mickey dan Minnie sama saiz dan serupa sifatnya dengan tikus biasa. Selalunya Mickey dan Minnie bersaiz manusia pendek. Selain itu, adalah diketahui bahawa oleh sebab filem ini dihasilkan semasa zaman Larangan (larangan terhadap penjualan minuman beralkohol dari tahun 1920 hingga 1933), maka minuman-minuman beralkohol ini mungkin sekali hasil pengedaran arak haram.

Dalam babak-babak live-action dalam filem The Hot Choc-late Soldiers dari tahun 1934, Mickey Mouse yang dianimasi kelihatan bersaiz tikus biasa berinteraksi dengan Jimmy Durante.

0 komentar:

Posting Komentar